Turkiye akan bawa pulang 14 aktivis GSF dari Israel pada selasa

ANKARA: Turkiye merancang untuk membawa pulang 14 rakyatnya yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dari Israel melalui Jordan pada Selasa, kata jurucakap Kementerian Luar negara itu Oncu Keceli pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Kami terus berusaha memastikan 14 rakyat kami yang masih ditahan di Israel dapat pulang ke negara ini esok (7 Okt). Kami menjangkakan butiran proses ini akan dimuktamadkan lewat hari ini,” tulis Keceli di platform X.

Pada 4 Okt lepas, Turkiye telah membawa pulang 36 rakyatnya dari Israel menerusi penerbangan khas.

Konvoi bantuan kemanusiaan menuju ke Gaza itu terdiri daripada lebih 40 kapal dan ratusan aktivis dari Asia Barat, Eropah, Amerika Latin, Asia Tenggara dan Amerika Syarikat. Pada malam 2 Okt, Tentera Laut Israel mula memintas kapal misi GSF dan mengarahkannya ke pelabuhan Ashdod di Israel bersama para aktivis, yang kemudiannya akan dihantar pulang ke negara asal masing-masing – BERNAMA-Sputnik/RIA Novosti

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *