RUU Sewa Beli (Pindaan) 2025 dibentang bagi bacaan kali pertama

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025 hari ini dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali ketika membentangkan RUU itu berkata bacaan kali kedua akan dibuat pada persidangan kali ini.

Menurut naskhah biru yang diedarkan di Parlimen, RUU berkenaan bertujuan meminda Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212) dengan memperuntukkan penyelesaian yang lebih adil kepada pengguna di bawah suatu perjanjian sewa beli khususnya penggantian kaedah sedia ada bagi pengiraan caj terma.

Pindaan lain turut melibatkan penyelarasan had maksimum caj terma bagi perjanjian sewa beli yang menggunakan kadar tetap atau kadar boleh ubah, serta membolehkan penggunaan teknologi baharu dalam pemeteraian perjanjian sewa beli.

Selain itu, pindaan tersebut juga bertujuan mengemas kini terma yang lapuk supaya selaras dengan standard pengawalseliaan semasa dan perkembangan teknologi – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *