Mohamad Sabu jalani rawatan rutin di IJN, keadaan stabil

PUTRAJAYA: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu sedang menerima rawatan rutin di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur dengan keadaan stabil.

Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengeluarkan kenyataan hari ini mengenai keadaan kesihatan Mohamad Sabu.

Pasukan perubatan menasihatkan Mohamad untuk berehat sepenuhnya kerana mengalami simptom keletihan.

Beliau tidak dapat menerima sebarang tetamu buat masa ini bagi memastikan rehat yang mencukupi.

Pejabat menteri merakamkan penghargaan atas doa dan keprihatinan semua pihak terhadap kesihatan Mohamad Sabu. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *