Semangat juang kunci kejayaan TFC benam Kelantan TRW 4-1

KUALA NERUS: Semangat juang tinggi menjadi kunci kejayaan pasukan Terengganu FC ketika mengalahkan Kelantan The Real Warriors FC 4-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ketua Jurulatih Badrul Afzan Razali berkata beliau amat berpuas hati dengan tahap disiplin yang ditunjukkan pemain sehingga membolehkan Skuad Penyu mengutip tiga mata penuh di hadapan lebih 2,000 penyokong.

Beliau berkata kejayaan itu menjadi suntikan semangat untuk TFC meneruskan momentum kemenangan pada perlawanan akan datang.

“Saya patut beri pujian pada pemain kerana menunjukkan semangat juang tinggi dari awal hingga tamat perlawanan.”

“Alhamdulillah kita dapat penuhi sasaran mengutip tiga mata berharga untuk kekal di tangga ketiga liga.”

Beliau menambah jentera serangan juga banyak berubah malam itu dan berjaya menjaringkan empat gol untuk mengatasi Kelantan.

Sementara itu pengendali Kelantan TRW E. Elavarasan mengakui kualiti pemain antara faktor kekalahan pasukannya.

Beliau berkata TFC memiliki tonggak pemain import yang lebih berkualiti selain barisan tempatan yang sudah serasi di atas padang.

“Saya akui kita tewas kepada pasukan yang lebih baik.”

“TFC punya barisan pemain yang lebih berkualiti dari bahagian tengah dan serangan yang baik.”

Elavarasan menambah kesilapan pemain ialah terlalu memberi ruang kepada pasukan lawan pada separuh masa pertama sehingga membolehkan mereka menjaringkan tiga gol. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *