ISTANBUL: Seramai 36 rakyat Turkiye yang ditahan tentera Israel di atas kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) di perairan antarabangsa dijangka pulang ke Turkiye petang Sabtu dengan penerbangan khas, lapor Anadolu Ajansi memetik jurucakap Kementerian Luar Turkiye, Oncu Keceli.
“Jumlah akhir masih belum ditentukan. Kami sedang meneruskan usaha untuk melengkapkan prosedur bagi baki warganegara kami secepat mungkin supaya mereka dapat pulang ke Turkiye,” tulis Keceli di platform X.
Beliau menambah bahawa penerbangan yang dirancang itu juga akan membawa pulang warganegara dari negara ketiga- BERNAMA-Anadolu