LHDN hantar notifikasi PCB melalui e-mel mulai September

PUTRAJAYA: Penghantaran notifikasi Potongan Cukai Bulanan (PCB) kepada pembayar cukai individu melalui e-mel telah mula dilaksanakan mulai 17 September lepas.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan bahawa penghantaran notifikasi itu melibatkan PCB bagi bulan Ogos dan dihantar ke alamat e-mel berdaftar.

Pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan LHDN untuk memberi keyakinan kepada pembayar cukai mengenai potongan cukai oleh majikan.

Langkah ini juga merupakan sebahagian daripada usaha LHDN untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan secara digital.

LHDN menggalakkan penggunaan portal MyTax sebagai saluran rasmi komunikasi antara LHDN dan pembayar cukai.

Semua pembayar cukai dinasihatkan agar memastikan alamat e-mel mereka adalah sah dan sentiasa dikemas kini di portal MyTax.

Notifikasi PCB perlu diterima secara konsisten setiap bulan melalui e-mel yang dikemas kini.

Semakan bayaran PCB boleh dilakukan melalui pautan PCB yang disediakan di portal MyTax.

Maklumat terperinci berkaitan kedudukan akaun cukai boleh diakses melalui pautan “Lejar” dalam portal MyTax.

Inisiatif ini memudahkan pembayar cukai memantau status potongan cukai mereka secara digital. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *