Lebih ramai rakyat perlu nikmati manfaat pertumbuhan ekonomi, literasi kewangan – Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan mahu lebih ramai rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada pertumbuhan ekonomi serta literasi kewangan dan bukan hanya kelompok kecil dalam masyarakat terutamanya golongan elit.

Beliau berkata tahap celik kewangan amat penting untuk memperkukuh daya tahan rakyat dalam menghadapi cabaran ekonomi, sekali gus mengelakkan mereka mudah terjebak dalam skim pelaburan atau penipuan kewangan.

“Kadar pertumbuhan ekonomi negara segar dan vibrancy (kukuh), dari sisi kewangan seluruhnya itu lebih meyakinkan. Kita tidak mahu ini hanya dimanfaatkan oleh kelompok yang kecil, golongan elit dari sudut kuasa atau kewangan.

“Kita mahu melebarkan, merentas semua kaum, masuk golongan yang lebih miskin atau sederhana dan bagaimana harus kita jayakan adalah dengan memberi kefahaman (dari segi kewangan),“ kata beliau.

Anwar berkata demikian menerusi ucapan beliau pada majlis pelancaran Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan Malaysia 2026-2030 dan Bulan Literasi Kewangan 2025, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Datuk Mohammad Faiz Azmi- Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *