Kebakaran meletus di kilang penapisan Chevron Los Angeles

LOS ANGELES: Kebakaran berlaku pada malam Khamis di kilang penapisan Chevron di El Segundo, Los Angeles County, California, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Pasukan bomba dan polis bergegas ke lokasi selepas menerima beberapa laporan mengenai letupan.

Kilang penapisan itu yang terletak di 324 West El Segundo Boulevard mempunyai pasukan bomba sendiri, kini sedang berusaha memadamkan kebakaran dan setakat ini berjaya menghalang api daripada merebak ke kawasan lain di kemudahan berkenaan, menurut laporan.

Jabatan Polis El Segundo memaklumkan tiada laporan kecederaan atau pemindahan diterima.

Punca serta waktu sebenar kebakaran masih belum dapat dipastikan, menurut laporan itu.

Menurut laman sesawang Chevron, kilang penapisan El Segundo yang dibina pada 1911 merupakan kilang penapisan minyak terbesar di Pantai Barat Amerika Syarikat (AS), dengan kapasiti memproses lebih 276,000 tong minyak mentah sehari- BERNAMA-XINHUA

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *