Penunggang basikal maut terjatuh dari jejantas ke landasan kereta api

IPOH: Seorang penunggang basikal berusia 49 tahun maut selepas terjatuh dari jejantas motosikal setinggi 6.10 meter ke atas landasan kereta api di Kampung Pinang Seberang, Kamunting dekat Taiping.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 2.10 petang.

“Mangsa mengalami kecederaan parah akibat hentakan pada bongkah batu dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan,“ katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi melibatkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, 12 anggota polis dan tiga petugas Kementerian Kesihatan tamat pada 3.30 petang. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *