Dua peserta perhimpunan disyaki halang tugas polis ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki yang disyaki menghalang tugas anggota polis semasa kawalan keselamatan perhimpunan menyokong Global Sumud Flotilla di depan kedutaan Amerika Syarikat.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus menyatakan perhimpunan aman itu bermula pada tengah hari dengan anggaran 50 peserta.

Beliau berkata keadaan menjadi tegang apabila peserta menutup aliran trafik di Jalan Tun Razak berhadapan kedutaan tersebut.

Kekecohan yang berlaku menyebabkan seorang anggota polis cedera di bahagian mulut akibat disiku oleh peserta perhimpunan.

Fadil menambah kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang polis menjalankan tugas.

Beliau turut mengambil maklum penahanan dua lelaki berusia 23 dan 32 tahun itu yang tular melalui video 54 saat di Facebook. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *