Polis sahkan kematian murid tahun empat di sekolah Seremban

SEREMBAN: Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan kematian seorang murid lelaki tahun empat di sebuah sekolah semalam.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kematian murid berusia 10 tahun itu.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan sepenuhnya dengan telus.

Beliau berharap semua pihak dapat memberikan kerjasama menjaga emosi keluarga dan mengelakkan spekulasi tidak benar.

Kementerian Pendidikan mengucapkan takziah dan rasa sedih atas kejadian yang berlaku.

KPM memberikan sepenuh sokongan kepada keluarga dari segi emosi dan psikososial.

Fadhlina memohon semua pihak memberi ruang kerana perkara ini sangat menyedihkan.

Beliau berharap siasatan dapat berlangsung dengan segera dan telus.

KPM akan memberikan tumpuan penuh kepada proses psikososial dan sokongan emosi kepada pelajar dan guru.

Intervensi psikososial akan dilaksanakan secara bersepadu oleh kaunselor mulai esok.

Pihaknya juga mendapat sokongan daripada Kementerian Kesihatan untuk intervensi berterusan. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *