Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah tahniah sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang ke-56, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut mendoakan semoga baginda serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, dikurniakan kedaulatan, rahmat serta hidayah-Nya.

“Semoga Allah melindungi Tuanku di dunia dan akhirat. Daulat Tuanku,” katanya – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *