SHAH ALAM: Bonda kepada Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Esah Tahar, telah meninggal dunia pada jam 5.15 pagi tadi.
Pejabat Diraja Selangor melalui satu hantaran memaklumkan Allahyarham berusia 82 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Damansara akibat sakit tua.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat zuhur. – Bernama