SEOUL: Perkhidmatan dalam talian kerajaan Korea Selatan mengalami gangguan besar selepas sebuah pusat data kebangsaan terbakar pada Sabtu.
Kebakaran tersebut berlaku kira-kira pukul 8.20 malam waktu tempatan pada hari Jumaat di Perkhidmatan Sumber Maklumat Kebangsaan yang terletak di bandar Daejeon.
Punca kebakaran dikenal pasti berpunca daripada letupan bateri litium-ion di dalam sebuah bilik komputer di tingkat lima bangunan tersebut.
Insiden itu mengakibatkan penggantungan operasi sebanyak 647 perkhidmatan dan sistem dalam talian kerajaan.
Pasukan bomba berjaya mengawal api tersebut hampir sepuluh jam selepas kebakaran mula merebak. – Bernama, Xinhua