NGO pelengkap dasar kerajaan, angkat budaya filantropi kata menteri

KUALA LUMPUR: Peranan pertubuhan bukan kerajaan amat penting sebagai pelengkap kepada dasar kerajaan termasuk inisiatif yang kemudiannya diangkat menjadi dasar rasmi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata NGO juga memainkan peranan menyuburkan budaya filantropi dalam masyarakat sekali gus mengukuhkan nilai kemanusiaan.

Beliau menegaskan bahawa NGO menjadi penghubung penting antara cita-cita nasional dan realiti sebenar rakyat di lapangan.

Usaha menyuburkan budaya filantropi akan menanamkan nilai ihsan dalam masyarakat selari dengan semangat Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan material dan rohani secara seiring.

Dr Zaliha yakin bahawa Malaysia akan tampil sebagai negara yang bukan sahaja makmur dari segi ekonomi tetapi juga kaya dengan jiwa kemanusiaan apabila budaya filantropi terus disuburkan.

Pembangunan material dan pembangunan rohani bergerak seiring dalam membina sebuah negara bangsa yang beradab.

Beliau merasmikan Majlis Pra Peluncuran Anugerah Perdana NGO Malaysia dan peluncuran Mega Briswalk Malaysia MADANI malam tadi. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *