PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pelantikan enam anggota baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi sesi 2025-2028.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi kenyataan hari ini berkata pelantikan itu adalah selaras dengan subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 1999 (Akta 597).
Anggota baharu SUHAKAM itu adalah Datuk Mary @ Mariati Robert, Dahim Anak Danot, Bathmavathi K. Krishnan, Datuk Ahmad Azam Ab Rahman, Datuk Tay Lee Ly dan Abdul Kadir Jailani Ismail.
Beliau menyatakan mereka dilantik sebagai anggota SUHAKAM untuk tempoh tiga tahun hingga 19 Ogos 2028. – Bernama