Jalan sekitar Stadium Merdeka ditutup sempena Piala Sultan Selangor

KUALA LUMPUR: Jalan utama di sekitar Stadium Merdeka di sini akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat sempena perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor 2025 antara Selangor dan Singapura bermula 2 petang, Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata ia melibatkan Jalan Maharajalela (Bulatan Merdeka), Jalan Hang Tuah (susur masuk ke Jalan Hang Jebat), Jalan Hang Jebat, Jalan Stadium dan Jalan Merdeka.

Seramai 115 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ditugaskan bagi memastikan kelancaran lalu lintas serta keselamatan penyokong.

Beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan, mematuhi arahan polis di lokasi dan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *