KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai penyasaran subsidi petrol RON95 melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Beliau menyifatkan keputusan itu sebagai tindakan berprinsip dan penuh keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat.
Sebagai sebahagian daripada kepimpinan negara, beliau melihat keputusan ini sebagai tindakan berprinsip dan penuh keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat.
Beliau berharap usaha kerajaan akan terus didukung demi Malaysia yang lebih adil, mampan dan inklusif.
Melalui inisiatif BUDI95, harga RON95 untuk rakyat Malaysia dikurangkan daripada RM2.05 seliter kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025.
Hanya rakyat Malaysia akan menikmati subsidi ini manakala bukan warganegara dan syarikat besar akan membayar harga tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter. – Bernama