KUALA LUMPUR: Juara dunia beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal meraih gelaran Masters China 2025 selepas tewas kepada gandingan Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran pada perlawanan akhir hari ini.
Pada perlawanan di Shenzhen Arena, beregu campuran utama negara tewas 8-21, 17-21 dalam tempoh hanya 35 minit.
Ia merupakan kekalahan ketiga Tang Jie-Ee Wei dalam empat pertemuan menentang pasangan Thailand itu dan juga penampilan pertama mereka di final kejohanan Super 750, dengan pencapaian naib juara di Shenzhen – BERNAMA