KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI akan terus proaktif memposisikan industri halal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negara terutama dalam perbincangan perdagangan dalam setiap misi pelaburan dan libat urus dua hala.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menjadikan halal sebagai model ekonomi sejagat dan ia akan menjadi sebahagian daripada rundingan dua hala dengan negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam atau negara bukan Islam.
Sebagai contoh dalam KazanForum 2025 di Rusia baru-baru ini beliau menonjolkan kepakaran Malaysia dalam pensijilan halal dan menawarkan sokongan untuk memperkukuh standard halal global.
Pada Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di Brazil beliau menyeru syarikat-syarikat Brazil dan Malaysia untuk merebut peluang perniagaan dalam industri halal.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Halal Global dan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia di sini hari ini. – Bernama