Pelajar lemas ketika mandi di Lata Mengkuang Sik

SIK: Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dilaporkan lemas ketika mandi-manda di kawasan air terjun Lata Mengkuang di sini hari ini.

Mangsa Mohd Hanif Anaqi Mohd Khalid ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah menerima panggilan kecemasan pada 1.16 tengah hari tadi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sik dengan kekuatan tujuh pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi yang terletak 14 kilometer dari balai.

Mangsa dikatakan pergi ke lokasi berkenaan bersama enam rakan untuk mandi.

Bomba memaklumkan mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya pada 2.28 petang. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *