Tanggal 16 September cerminan kisah perjuangan negara bangsa

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Malaysia 2025 perlu diraikan dengan penuh semangat patriotisme bagi menzahirkan kesyukuran terhadap perjalanan panjang negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan berkata tanggal 16 September bukan sekadar catatan dalam kalendar.

Beliau menegaskan tarikh tersebut mencerminkan kisah perjuangan membina sebuah negara bangsa yang bersatu di bawah Jalur Gemilang.

“Hari ini kita berdiri sebagai rakyat Malaysia yang lahir daripada keberanian, dibesarkan dengan kepelbagaian dan disatukan di bawah naungan Jalur Gemilang yang megah.”

“Keunikan Malaysia terletak pada kepelbagaian yang kita miliki.”

Ramanan menekankan bahawa perbezaan kaum bukan pemisah tetapi kekuatan yang menjadikan Malaysia unik dan luar biasa.

Beliau menyatakan Hari Malaysia adalah cerminan semangat yang tidak pernah mengalah dan tekad yang sentiasa percaya pada harapan.

Perpaduan kekal teguh biarpun diuji dengan cabaran dan cubaan perpecahan menurut kenyataan beliau.

“Saya anak Malaysia. Kita semua anak Malaysia. Inilah tanah air kita, inilah identiti kita.”

“Selagi Jalur Gemilang berkibar, selagi itu perpaduan dan semangat Malaysia akan terus hidup dalam jiwa kita.”

“Bendera Malaysia, bendera kita bersama. Selamat Hari Malaysia 2025!” menurutnya. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *