Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 391 orang daripada 126 keluarga

KOTA KINABALU: Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 391 orang daripada 126 keluarga pada petang ini berbanding 378 orang daripada 117 keluarga pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan mangsa banjir meningkat di daerah Penampang dengan 244 mangsa daripada 76 keluarga.

Mangsa banjir berkurangan di daerah Beaufort dengan 147 mangsa daripada 50 keluarga.

Pusat pemindahan sementara Kompleks Sukan Penampang menempatkan 39 mangsa daripada sembilan keluarga.

Dewan Huguan Siau menempatkan 146 mangsa daripada 48 keluarga manakala Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis menempatkan 59 mangsa daripada 19 keluarga.

Semua mangsa banjir di Beaufort dipindahkan ke pusat pemindahan kekal di Selagon.

Sebanyak 22 kampung terjejas akibat banjir dengan 14 kampung di Penampang dan lapan di Beaufort. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *