Sabah perlukan wakil rakyat faham visi misi pembangunan negeri

SANDAKAN: Sabah memerlukan suara wakil rakyat yang memahami visi dan misi pembangunan untuk memastikan keadaan negeri lebih baik dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menekankan kepentingan pemimpin bervisi bagi menangani pelbagai isu di Sabah termasuk pembangunan infrastruktur dan kewarganegaraan.

Beliau menyatakan PKR mensasarkan 13 kerusi dalam pilihan raya negeri Sabah akan datang tetapi keutamaan diberikan kepada keadilan yang berakar sejak 1999.

“Pada saya pemimpin yang mempunyai visi amat penting, jadi ia tidak penting sangat banyak mana, tetapi kita mahu memastikan kita sebagai suara yang dapat memberi nilai tambah kepada anak negeri,” katanya.

Nurul Izzah menegaskan bahawa sentimen undi parti tempatan bukan cabaran kerana semua calon yang diangkat merupakan anak Sabah yang akan membawa suara rakyat.

Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 November jika tidak dibubarkan lebih awal untuk membuka laluan pilihan raya negeri ke-17. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *