PM Anwar tunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Hana Kuching

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Hana, Petra Jaya hari ini bersama lebih 1,000 jemaah.

Beliau diiringi pimpinan tertinggi kerajaan negeri termasuk Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut bersembahyang bersama.

Sebelum solat Jumaat, Anwar merasmikan bangunan tambahan baharu X-FAB Sarawak di Zon Perindustrian Bebas Sama Jaya.

X-FAB Sarawak merupakan peneraju global dalam pembuatan semikonduktor analog, campuran isyarat dan khusus.

Petang ini, beliau dijadual mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 di Kompleks Satria Pertiwi.

Perdana Menteri akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 5.30 petang menaiki pesawat khas.

Lawatan kerja dua hari beliau ke Sarawak bermula semalam di Limbang dengan perasmian fasa kedua Projek Sarawak-Sabah Link Road.

Anwar juga menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Keadilan Sarawak dan Majlis Makan Malam bersama komuniti setempat. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *