Bekas pemain kebangsaan P Darmalinggam meninggal dunia pada usia 64 tahun

BEKAS pemain kebangsaan era 1980-an P Darmalinggam meninggal dunia pada usia 64 tahun hari ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk S. Sivasundaram mengesahkan berita sedih itu dengan menyatakan mendiang menghembuskan nafas terakhir selepas dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang.

Darmalinggam mendapatkan rawatan selepas terjatuh di dalam bilik air rumahnya awal pagi tadi.

Sivasundaram menambah bahawa mendiang merupakan seorang yang komited dan berdisiplin baik atas padang mahupun di luar padang.

Dilahirkan pada tahun 1961, Darmalinggam merupakan antara tonggak utama skuad kebangsaan pada era 1980-an ketika Malaysia masih gah di pentas Asia Tenggara.

Reputasi skuad Harimau Malaya pada ketika itu sangat digeruni oleh pasukan-pasukan lain di rantau ini.

Sepanjang pembabitan bersama skuad negara, mendiang sering diberikan kepercayaan oleh barisan kejurulatihan untuk menggalas tanggungjawab penting di atas padang.

Sivasundaram yang juga Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL) menyatakan pemergian mendiang merupakan satu kehilangan besar buat dunia bola sepak tanah air. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *