Remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas mesin padi terbalik di Sungai

ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas mesin padi yang dinaikinya bersama tiga rakannya terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sanglang, dekat Jitra.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah memaklumkan dua rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi diselamatkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jitra.

Bomba menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 3.40 petang mengenai sebuah mesin padi terjatuh ke dalam sungai dengan empat mangsa terlibat.

Kerja-kerja pencarian mangsa di permukaan sungai sedang dijalankan dengan maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Radzi Abdul Rahim mengesahkan kejadian dan memaklumkan seorang lagi mangsa masih belum dijumpai.

Identiti kesemua yang terlibat dalam kejadian itu juga belum diperolehi sehingga kini. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *