Buaya 4 kaki ditangkap dalam kawasan sekolah di Simpang Renggam

SIMPANG RENGGAM: Seekor buaya berukuran kira-kira empat kaki berjaya ditangkap oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia selepas reptilia itu ditemui di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Rahman Andak.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Johor memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.15 pagi sebelum menggerakkan pasukan penyelamat.

Sebuah jentera Fire Rescue Tender dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam tiba di lokasi untuk menangani situasi tersebut.

Pasukan bomba mengesahkan kewujudan buaya tersebut di dalam kawasan sekolah sebelum memulakan operasi penangkapan.

Operasi menangkap buaya dijalankan menggunakan peralatan penjerut khas dan berjaya diselesaikan dalam masa 20 minit.

Tiada sebarang insiden melibatkan mangsa dilaporkan sepanjang kejadian tersebut berlaku.

Buaya tersebut berjaya ditangkap dengan selamat dan operasi ditamatkan pada pukul 8.35 pagi. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *