KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh atas dakwaan menghina mahkamah.
Hakim Alice Loke Yee Ching membuat keputusan itu selepas mendapati Najib gagal membuktikan kes prima facie bagi perbuatan menghina mahkamah.
Pada 21 Mei lepas, Najib memfailkan permohonan tersebut terhadap Terrirudin, yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan, berhubung isu dokumen tambahan yang didakwa membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya di rumah- BERNAMA