Florida rancang hapus kewajipan vaksin, jadi negeri pertama AS

NEW YORK: Florida mengumumkan rancangan untuk menghapuskan kewajipan vaksin peringkat negeri termasuk bagi pelajar sekolah.

Negeri itu menjadi yang pertama di Amerika Syarikat berbuat demikian menurut laporan Xinhua.

Ketua Pakar Bedah Negeri Florida Joseph Ladapo berkata syarat vaksinasi sekolah menyekat keupayaan ibu bapa membuat keputusan kesihatan untuk anak-anak.

Langkah ini menarik Florida sepenuhnya daripada amalan yang sebelum ini dikreditkan dengan meningkatkan kadar vaksinasi.

Pengumuman itu mencetuskan kritikan daripada pakar serta pegawai kesihatan awam.

Ahli Dewan Perwakilan Demokrat Anna Eskamani menyifatkannya sebagai tindakan cuai dan berbahaya.

Beliau memberi amaran ia boleh mencetuskan wabak penyakit yang boleh dicegah.

Pemimpin Demokrat Senat Florida Lori Berman menyatakan Florida sudah mempunyai pengecualian perubatan dan agama yang luas.

Pengarah Pusat Pendidikan Vaksin di Hospital Kanak-Kanak Philadelphia Paul Offit menjangkakan penyakit campak kembali menular.

Penyakit berjangkit lain juga dijangka menyusul menurut kenyataannya kepada The Washington Post. – Bernama, Xinhua

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *