Pakar patologi saksi pertama inkues kematian Zara Qairina Mahathir

KOTA KINABALU: Pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas Zara Qairina Mahathir dijadual memberi keterangan pada hari pertama prosiding inkues.

Dr Jessie Hiu, seorang daripada empat pakar forensik yang melakukan autopsi ke atas remaja berusia 13 tahun itu di Hospital Queen Elizabeth pada 10 Ogos lepas, akan memberi keterangan di hadapan Koroner merangkap Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan.

Koroner Amir Shah turut menetapkan lawatan ke lokasi kejadian pada 11 September depan pukul 9.30 pagi.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada jam 4 pagi 16 Julai.

Jabatan Peguam Negara mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan polis pada 13 Ogos.

AGC turut mengarahkan kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan pada 8 Ogos. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *