JOHOR BAHRU: Seorang pegawai perubatan mengalami kerugian sebanyak RM2.6 juta setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud yang ditawarkan melalui iklan di media sosial.
Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad menyatakan lelaki tempatan berusia 45 tahun itu mula berminat selepas melihat iklan pelaburan tersebut pada 25 Mei lalu.
Mangsa kemudian menekan pautan WhatsApp yang tertera dan berhubung terus dengan suspek penipu tersebut.
“Beliau berkata mangsa telah dijanjikan pulangan pelaburan antara lima hingga 15 peratus menerusi pelaburan dengan sebuah syarikat di luar negara”
Mangsa diminta memuat turun sebuah aplikasi khusus kononnya untuk memantau perkembangan pelaburannya.
“Percaya dengan keuntungan segera yang dijanjikan, mangsa telah membuat 56 kali transaksi pindahan wang berjumlah RM2,603,900 ke lapan akaun bank seperti diarahkan suspek bermula 25 Mei hingga 8 Ogos”
Lelaki itu menyedari dirinya diperdaya setelah gagal membuat pengeluaran wang pelaburan melalui aplikasi yang diberikan.
Mangsa telah membuat laporan polis semalam mengenai insiden penipuan ini.
Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menipu.
“Polis menyeru orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak mudah terperdaya dengan pelaburan yang menjanjikan keuntungan tanpa risiko atau pelaburan yang memberi jaminan pasti untung”
Polis mengingatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati dengan tawaran pelaburan yang kelihatan terlalu baik untuk menjadi kenyataan. – Bernama