Mesyuarat menteri tenaga APEC platform Malaysia tangani cabaran tenaga

BUSAN: Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC ke-15 di Korea Selatan menjadi platform kepada Malaysia untuk bersiap-sedia menghadapi cabaran tenaga selain merapatkan hubungan dengan ekonomi anggota untuk memajukan transformasi tenaga negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penyertaan pakar industri tenaga dan perkongsian hasil laporan tenaga semasa APEC EMM-15 memberi gambaran jelas dan menyeluruh tentang situasi semasa di negara anggota APEC.

“Ini amat penting untuk membantu kesediaan Malaysia dalam menghadapi semua cabaran yang akan datang.

Kesemua 21 ekonomi APEC juga bersetuju bahawa kita perlu memberi jaminan bekalan elektrik, kecekapan dan kemampuan dari segi pembayaran oleh pengguna.

Fadillah menekankan kestabilan grid kuasa adalah antara topik yang dibincangkan semasa mesyuarat dua hari itu dengan tumpuan mengenai cara untuk memastikan grid dan sistem yang lebih pintar.

“Secara keseluruhannya, kami mendapat konsensus dari semua negara yang hadir untuk memastikan bagaimana kerjasama antara negara membantu dari segi pemindahan teknologi, perspektif pembiayaan dan juga meningkatkan kecekapan negara di rantau ini melalui kerjasama. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *