Polis minta bantuan cari Nur Syamimi Husna hilang sejak 24 Ogos

NIBONG TEBAL: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di sini sejak Ahad lepas (24 Ogos).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Jay January Siowou berkata Nur Syamimi Husna Mohd Fikry, 17, gagal dikesan dan tidak pulang ke rumahnya hingga hari ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjumpai remaja itu boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah Sarjan D.Surianah Jamlan di talian 014-8696851 atau mana-mana balai polis berdekatan,“ katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *