Thailand dominasi Kejohanan Liga Papan Selaju ASEAN di Kepala Batas

KEPALA BATAS: Thailand mengungguli Kejohanan Liga Papan Selaju ASEAN yang berlangsung empat hari di Pokok Sena Skatepark.

Atlet Thailand menyapu bersih kedudukan tiga teratas apabila Attapon Sampaokong muncul juara kategori Men’s Street selepas mengumpul 17.22 mata.

Kategori Women’s Street juga menyaksikan penguasaan Thailand apabila Chakao Unomphea meraih 14.01 mata untuk menjuarai kategori itu.

Attapon berkata kejohanan itu amat penting untuk membaiki kelemahan dan meningkatkan kekuatan serta melihat kemampuan pencabar lain.

Atlet negara Nur Tia Adelisa Tajul Fuad meraih tempat kedua dalam kategori Women’s Park selepas mengutip 4.73 mata.

Chicha berkata kejohanan itu memberikan peluang untuk mempelajari teknik dan kemahiran baharu daripada pemain dari negara serantau.

Kategori Women’s Park dimenangi oleh atlet Singapura Tina Wan Yj yang mengumpul 5.07 mata.

Edisi sulung STA itu telah menarik penyertaan 74 atlet termasuk 32 peluncur dari Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Kemboja bersama 42 peluncur Malaysia.

Empat kategori utama dipertandingkan iaitu Men’s Street, Women’s Street, Men’s Park dan Women’s Park.

Format kejohanan menggunakan sistem ASEAN Representation System yang menjamin setiap negara mempunyai wakil dalam setiap pusingan. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *