JPMorganChase bayar penyelesaian RM1.4 bilion kepada kerajaan Malaysia berkaitan 1MDB

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dan JPMorganChase telah mencapai penyelesaian lengkap mengenai semua perkara berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan bank Amerika Syarikat itu membayar RM1.4 bilion (330 juta dolar AS) kepada Akaun Amanah Pemulihan Aset Malaysia.

“Perjanjian penyelesaian itu menyelesaikan semua tuntutan sedia ada dan berpotensi serta mengikat kedua-dua pihak daripada sebarang tuntutan atau litigasi pada masa depan berkaitan 1MDB,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian Kewangan menyatakan setiap pihak juga akan menarik balik semua rayuan yang belum selesai berkaitan dengan tuntutan mahkamah yang sebelum ini difailkan oleh 1MDB terhadap J.P. Morgan (Switzerland) Ltd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kerajaan telah berjaya mendapatkan semula sejumlah RM29.7 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International Sdn Bhd dengan RM10.9 bilion didapatkan semula dari tempoh 2022 hingga 30 Jun 2025. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *