Kanak-kanak lelaki 10 tahun ditemukan lemas di Pasir Puteh

PASIR PUTEH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas di Kuala Sungai Kampung Kuala Semerak, Pasir Puteh, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 7.35 malam dan bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemukan mayat kanak-kanak itu di tebing sungai.

“Mayat dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi Ketua Balai Selising, Sjn Mej Mohd Aizirul Azhari dengan menelefon 019-4567181 atau hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di 09-7867222. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *