Penganggur mengaku salah bakar lori tunda MBJB, hukuman esok

JOHOR BAHRU: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membakar lori tunda milik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Wan Muhammad Nasrul W Ahmad, 31, mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Thalha Bachok @ Embok Mok.

Mahkamah menetapkan esok sebagai tarikh keputusan hukuman dan penyerahan rakaman CCTV.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan khianat dengan api menggunakan petrol untuk membakar lori tunda MBJB.

Kerugian dianggarkan sebanyak RM24,000 akibat kejadian itu.

Kes berlaku di depoh simpanan kenderaan, Lot 1 Johor Bahru Waterfront pada 15 Ogos kira-kira pukul 11.07 pagi.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 14 tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya R Navina dan Siti Fatimah Mamu tidak menawarkan jaminan memandangkan keputusan kes akan dibuat esok.

Namun, Hakim Thalha membenarkan jaminan RM7,000 dengan syarat pasport diserahkan kepada mahkamah. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *