KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerjasama erat antara pemimpin negeri dan persekutuan sangat penting untuk merealisasikan aspirasi rakyat secara menyeluruh.
Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook selepas pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan, Barisan Nasional, dan Gabungan Rakyat Sabah.
“Pertemuan ini mencerminkan kematangan politik serta iltizam untuk memperkukuh kerjasama demi kestabilan negara,” katanya.
Anwar turut menekankan kepentingan kestabilan politik sebagai asas pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Beliau berharap semangat muafakat ini akan terus menjadi tunjang perpaduan nasional bagi masa depan Malaysia yang lebih baik. – Bernama