Kerajaan sedia pertimbang bantuan tambahan RM100 untuk mahasiswa – Anwar

CYBERJAYA: Kerajaan sedia mempertimbangkan pemberian bantuan tambahan RM100 secara sekali beri (one-off) kepada mahasiswa sebagai usaha membantu golongan itu menangani cabaran kos sara hidup, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata hal itu akan diberi pertimbangan sewajarnya dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Oktober ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada cadangan yang dikemukakan seorang wakil pelajar Multimedia University (MMU) semasa sesi Temu Anuar di universiti berkenaan hari ini.

Menurut Anwar, kerajaan sebelum ini telah meluluskan bantuan RM100 kepada semua rakyat berumur 18 tahun ke atas termasuk pelajar.

“Saya terima baik cadangan presiden (wakil pelajar) dan saya akan beri pertimbangan yang wajar untuk belanjawan bulan Oktober ini,“ kata Anwar- Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *