Fadhlina mahu siasatan kes buli murid di Johor disegerakan

JOHOR BAHRU: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan siasatan kes buli melibatkan seorang murid di Johor perlu dipercepatkan agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

Fadhlina berkata beliau mengambil berat kejadian itu dan menegaskan tiada toleransi terhadap salah laku buli di semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan.

“Ia mesti dikendalikan dengan adil dan telus berdasar kepada garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, ibu seorang murid lelaki berusia 10 tahun mendakwa anaknya yang menghidap kanser hidung kini mengalami gegaran otak selepas dibuli di sebuah sekolah agama Februari lalu.

Wanita itu turut meluahkan kekecewaan kerana pelaku berusia 12 tahun tidak dikenakan tindakan sewajarnya kerana masih di bawah umur.

Fadhlina turut memaklumkan Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menziarahi murid berkenaan yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.

“Saya doakan semoga anak ini diberi kesembuhan segera,” katanya. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *