100,000 hadiri Malam Himpunan MalaysiaKu Bersama Gaza di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: Dataran Merdeka bakal dipenuhi lebih 100,000 peserta pada Ahad ini sempena Malam Himpunan dan Selawat – MalaysiaKu Bersama Gaza.

Acara ini merupakan kemuncak Karnival Sumud Nusantara 2025 yang berlangsung dari 22 hingga 24 Ogos.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Cinta Gaza Malaysia (CGM) menjadi penganjur bersama acara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa menteri turut menyokong program ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Datuk Dr Sani Araby menyatakan himpunan ini sangat bermakna kerana berlangsung dalam bulan kemerdekaan.

“Kita mahu Dataran Merdeka menjadi lautan putih sebagai simbol kesatuan rakyat Malaysia bersama perjuangan Gaza,” katanya.

Menurutnya, rakyat Malaysia perlu menghayati keperitan saudara di Gaza dan Palestin.

Ketua Pegawai Eksekutif CGM Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata himpunan ini melambangkan suara rakyat Malaysia.

“Ia akan diterjemahkan dalam bentuk tindakan melalui delegasi aktivis yang menyertai penghantaran bantuan,” jelasnya.

Orang ramai dijemput hadir berpakaian putih serta menunaikan solat maghrib dan hajat perdana.

Tausiah peduli ummah dan syarahan khas oleh Perdana Menteri turut dijadikan acara utama.

Karnival ini turut menampilkan VR Gaza Time Tunnel, pertunjukan belon panas, dan pameran pelbagai agensi.

Lebih 1,000 kenderaan dijangka menyertai konvoi darat solidariti ke Dataran Merdeka.

Kemudahan awam disediakan, namun peserta dinasihatkan membawa tikar dan sejadah sendiri- BERNAMA

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *