Remaja 17 tahun antara lima ditahan berlumba motosikal di Muar

MUAR: Seorang remaja berusia 17 tahun antara lima individu ditahan kerana terlibat dalam perlumbaan motosikal haram dan aksi berbahaya di Jalan Pintasan Temenggung Ahmad.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz memaklumkan kesemua suspek berumur antara 17 hingga 28 tahun itu ditahan pada jam 3.55 pagi.

Operasi Samseng Jalanan berjaya menahan mereka selepas melakukan aksi berbahaya seperti gaya ‘Superman’ dan zigzag di jalan raya.

Menurut kenyataan polis, mereka kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987- Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *