Skim penipuan MBI: Datuk Seri antara individu terbaru ditahan dalam Op Northern Star

KUALA LUMPUR: Polis menahan beberapa individu bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan melibatkan MBI International Group menerusi Op Northern Star.

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit Aman Datuk Muhammed Hasbullah Ali mengesahkan penahanan terbabit termasuk seorang bergelar Datuk Seri.

Beliau berkata butiran lanjut akan dikongsikan oleh Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail tidak lama lagi.

Pada 30 Mei lalu, Muhammed Hasbullah memaklumkan seramai 17 individu telah ditahan dalam kes ini.

Jumlah aset yang dibekukan dan disita setakat ini mencecah RM3.81 bilion.

Menurutnya, tangkapan sebelum ini melibatkan usahawan bergelar Tan Sri dan Datuk Seri yang dipercayai terlibat sebagai proksi.

Operasi Op Northern Star dilaksanakan di sekitar Lembah Klang dan utara negara. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *