Sheikh Farouk dilantik sebagai KPE baharu Terengganu FC

KUALA NERUS: Bekas Pengarah Urusan AEON Big Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) baharu Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) berkuat kuasa hari ini.

TFCSB memaklumkan pelantikan itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah pada 27 Julai lepas.

Sheikh Farouk memiliki kelulusan Sarjana Sains dari Arizona State University, Amerika Syarikat.

Beliau pernah memegang jawatan Ketua Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Pengalamannya termasuk bekerja selama 18 tahun dengan syarikat makanan antarabangsa, Nestle.

Dalam bidang sukan, beliau dilantik sebagai Pengerusi Impact Integrated di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Impact Integrated memfokus kepada pembangunan belia dan e-sukan.

Sheikh Farouk juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

TFCSB berharap pelantikan ini dapat membawa kelab ke peringkat lebih tinggi.

Tujuannya adalah mengukuhkan penswastaan pasukan Terengganu FC sebagai kelab berdaya tinggi.

“Pengalaman luas Sheikh Farouk dalam pengurusan, kewangan dan sukan diharap dapat memacu TFCSB ke tahap lebih tinggi,“ menurut kenyataan rasmi- Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *