Pokok tumbang di Gunung Angsi rosakkan 10 kereta

SEREMBAN: Sepuluh kereta mengalami kerosakan selepas dihempap pokok tumbang di Gunung Angsi Ulu Bendul, Kuala Pilah hari ini.

Pegawai Bomba Kanan II Norhirwan Zainal mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.05 pagi.

Tiga kereta pendaki remuk teruk manakala tujuh lagi rosak akibat terkena kabel elektrik yang terjatuh.

“Pokok tumbang itu menghempap dua Proton Saga dan satu Perodua Ativa,“ jelas Norhirwan.

Kabel elektrik dan pokok berjaya dialihkan dengan bantuan pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Operasi pembersihan melibatkan tujuh anggota bomba dengan satu jentera dan kenderaan pacuan empat roda.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut- Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *