Kakanda Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Sakinah mangkat di Alor Setar

ALOR SETAR: Kakanda kepada Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah telah mangkat hari ini.

Dato Pengelola Bijaya DiRaja Datuk Seri Bakar Din dalam satu kenyataan memaklumkan Datuk Seri Tunku Sakinah Sultan Badlishah mangkat pada usia 95 tahun di Villa Seri Tunku di sini, pada 6.35 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham akan disemayamkan di Istana Kuala Chegar, Alor Setar dan seterusnya akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar selepas solat asar, hari ini.

Marilah kita bersama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT, semoga roh Allahyarham Datuk Seri Tunku Sakinah dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama para solihin. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *