PUTRAJAYA: Mesyuarat pertama Jawatankuasa Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan telah berlangsung semalam.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan jawatankuasa ini ditubuhkan bagi menangani isu keselamatan di institusi pendidikan.
Menurut kenyataan rasmi KPM, jawatankuasa akan merangka penyelesaian komprehensif untuk kesejahteraan murid, guru dan warga sekolah.
“Dalam mesyuarat pertama, hala tuju dan pelan tindakan menyeluruh telah ditetapkan untuk dilaksanakan secara berperingkat,” jelas kenyataan tersebut.
Keanggotaan jawatankuasa merangkumi pelbagai pihak termasuk ahli akademik, NGO, pakar pelbagai bidang dan wakil polis.
Antara ahli yang dilantik ialah Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM Dr Farah Nini Dusuki dan wakil UNICEF Azlina Kamal.
Turut terlibat ialah Presiden NCWO Prof Emerita Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin dan Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim.
Setiausaha Agung NUTP Fouzi Singon juga dilantik sebagai ahli jawatankuasa ini.
Wakil dari KPJ Healthcare University, Majlis Belia Malaysia dan ARUS Academy turut menyertai jawatankuasa tersebut.
Jawatankuasa ini juga dianggotai wakil PIBKS, Unit Pantau MADANI serta pengamal perubatan Dr Malar Santhi Santherasegapan.
Wakil dari Jabatan Perdana Menteri, PDRM, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan MCMC turut terlibat dalam jawatankuasa ini.
KPM menegaskan komitmennya untuk memastikan usaha memperkasa keselamatan institusi pendidikan dilaksanakan dengan berkesan. – Bernama