Empat lelaki ditahan merusuh guna kayu, jalur kuasa PDU di Jasin

JASIN: Empat lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat dalam rusuhan bersenjata kayu dan jalur kuasa PDU di tepi jalan Jasin-Bemban.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi semalam melibatkan tujuh suspek dan kemalangan tiga kenderaan.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata seorang lelaki melaporkan pergaduhan itu kepada polis selepas melihat seorang suspek memegang kayu.

Tiga kenderaan rosak dalam kejadian itu iaitu Wolkswagon Passat, Mitsubishi Triton, dan Toyota Vios milik orang awam.

Lima suspek lain melarikan diri menggunakan Proton Exora warna perak gelap dengan nombor pendaftaran tidak pasti.

Dua suspek ditahan di lokasi kejadian manakala dua lagi ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin.

Siasatan awal mendapati suspek berusia 20 tahun mempunyai empat rekod jenayah lampau.

Ujian air kencing ke atas semua suspek menunjukkan keputusan negatif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh di tempat awam.

Polis masih mencari tiga suspek lain yang melarikan diri. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *