Wabak kolera dilaporkan di 23 negara Afrika sejak awal 2025 – CDC

MOSCOW: Wabak kolera direkodkan di 23 negara anggota Kesatuan Afrika sejak awal 2025, kata Ketua Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC) Jean Kaseya pada Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pada Mac lalu, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memaklumkan bahawa Afrika Timur dan Selatan sedang mengalami wabak kolera yang serius, dengan lebih 178,000 kes direkodkan sejak awal 2024.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 1,300 orang maut akibat wabak itu di Sudan pada separuh kedua 2024.

Africa CDC memaklumkan sebanyak 220,000 kes kolera direkodkan dalam tujuh bulan pertama tahun ini, berbanding 254,000 kes pada 2024.

Kolera ialah jangkitan yang sangat mudah berjangkit dan merebak melalui makanan dan air yang tercemar – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *